Mengenai Sekolah

.

Picture1

Sekolah St. Francis didirikan oleh Rev. Fr. Deloutte, MEP pada  5 hb. April 1880 atas permintaan para jemaah Gereja St. Francis. Para jemaah gereja ini menghantar anak perempuan mereka ke Sekolah Convent of The Holy   Infant  Jesus yang didirikan 20 tahun lebih awal, tetapi mereka menghadapi masalah dengan persekolahan anak lelaki mereka yang tidak dapat didaftarkan di Sekolah Tinggi Melaka yang berdekatan.

Bangunan Sekolah St. Francis yang pertama di Riverside ( di seberang jalan Gereja St. Francis di Jalan Laksamana ) merupakan bangunan dua tingkat yang dibina daripada batu dan kayu. Bilik-biliknya yang kecil dan gelap, tidak sesuai untuk dijadikan sekolah. Kedudukannya di tepi sungai menyebabkan bangunan itu menjadi ‘sarang tikus’ dan digelar ‘Villa Tikus’ oleh generasi pelajar pertama.

 Dokumen senarai nama pelajar  dan guru asal sekolah tidak dapat   dijumpai kecuali  catatan bahawa bilangan murid pada hari pertama persekolahan ( 5hb. April 1880 ) adalah seramai 33 orang dan pengurus sekolah ketika itu ialah Paderi Gereja St. Francis.

Sejak awal lagi, pegawai-pegawai pelajaran Kerajaan British mendapati bahawa bangunan sekolah dan kedudukannya  tidak sesuai untuk dijadikan sekolah. Oleh sebab Malaya tidak mempunyai pusat latihan guru ketika itu, maka sekolah tidak dapat dibekalkan dengan guru-guru yang terlatih. Ini    menyebabkan jawatan guru  di Malaya terdiri daripada mereka yang tidak dapat mencari pekerjaan lain. Dengan yuran sekolah sebanyak 2 sen, gaji guru adalah amat rendah.

 Pada penghujung Ogos 1902, SFI terpaksa ditutup selepas peruntukan kerajaan  diberhentikan. Hal ini berlaku kerana  semasa lawatan tahunan    pegawai pelajaran British mendapati  bahawa SFI dianggap  ‘tidak cekap’.